Ane nge-fans ne sma malaikat izra'il..
berikut prihal malaikat izra'il
Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang
empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil Dikenali malaikat
maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT
Malaikat Izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa
dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan
sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih.
Dari kepala
hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faran dan di setiap bulu ada
satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan
satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh
berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di
dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh
melimpah.
Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut dan
menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: "wahai
Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut
itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh
malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam
keadaan pengsan selama seribu tahun.
Setelah para malaikat sedar
kembali, bertanyalah mereka: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih
besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang
menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk
akan merasakan Al-Maut itu".
Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai
Izrail, ambillah Al-Maut itu, dan Aku telah menyerahkannya kepada mu".
Maka malaikat Izrail pun berkata: "Ya Tuhanku, apa dayaku untuk
mengambil nya sedangkan ia lebih agung dari ku". Kemudian Allah SWT
memberikan kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.
Setelah
itu Al-Maut berkata: "Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk berseru di dalam
langit sekali sahaja". Maka, setelah diizinkan, berserulah ia dengan
suara yang amat keras: "Aku ini adalah Al-Maut, tugasku sebagai pemisah
orang yang saling mencintai. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan
antara anak dan ibunya. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan saudara
lelaki dan wanita. Aku adalah Al-Maut, tugasku menghancurkan bangunan
rumah dan gedung-gedung, Aku adalah Al-Maut, tugasku meramaikan kuburan.
Aku adalah Al-Maut, tugasku mencari dan mendatangi kamu semuanya,
walaupun kamu berada dalam lapis benteng yang amat kuat. Dan tiada
satupun makhluk yang tidak merasakan kepedihanku".
Malaikat
Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah
barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan
seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan
pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh
membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh
membolak-balikkan wang syilling.
Sewaktu malaikat Izrail
menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan
turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat
Rahmat dan malaikat Azab.
Wallahu'alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar